Isnin, 25 April 2011

!snin..Apa salah hari !snin???


Arini adalah permulaan minggu baru iaitu hari Isnin...setelah 2 hari bercuti (2 hari je pun)..oowwwhhhhh.....dan semestinya perlu menghadapi hari yg paling tidak menarik dalam kalender masing2 iaitu hari isnin (kecuali kalau cutilah secara automatik isnin jd sgt menarik)....Yang pasti ia akan membosankan bagi kebanyakan orang...termasuk la aku...hehehe...Mungkin sbb feel cuti tu masih pekat dan melekat dan terpahat....Lepas tu pulak terbayangkan kerja yang bertimbun- timbun setinggi klcc sedang menunggu....adoooyaiiiii.....Apapun yang terjadi kita kena hadapi jugak hari isnin ini...."Monday blues" istilah yang biasa di gunakan....Hmmm apa nak buat dah nama pun kerja makan gaji je....Jomla aku share sikit tips yang simple untuk mengurangkan kehampehan n kebosanan tahap melampau di hari isnin....jom layan.....zassssss.....

Lebihkan masa tidur anda dari hari biasa
Korang masuk tidur seperti biasa ikutlah kebiasaan korang,kul 11 ke 10 ke...Namun begitu, bangun sedikit lewat, contohnya jika biasanya bangun pada pukul 6 pagi, cuba bangun pada pukul 6.15 pagi...Tapi AWAS jangan pulak terlebih sampai pukul 12 tengahari...nak cari maut namanya...

Persiapan awal
Untuk membolehkan korang bangun sedikit lewat pada pagi Isnin tu, pastikan persiapan yang biasanya dibuat pada pagi hari tersebut telah diselesaikan terlebih dahulu pada hari sebelumnya (hari Ahad)...contohnya pilih pakaian yg nak dipakai n iron baju ke..kiwi kasut ke..kemas beg / handbag ke..atau pe2 lah..

Jangan lengahkan turun dari katil
Apabila korang terjaga dari tidur pada pagi Isnin, jangan lengah2kan utk turun dari katil kerana ianya akan membuatkan korang merasa lebih malas dari kebiasaannya...kalau tidur atas toto,korang bangun je cepat-cepat..terus kemas toto tu kira senaman ringanlah..klu yang tdo ats katil kemaslah pe2 yg patut..susun bntal..lipat selimut..tegangkan cadar...

Mandi pagi dengan air sejuk
Kalau korang memang sudah biasa mandi air panas pada pagi hari..eloklah disudahi mandian korang tu dengan air sejuk, ini akan membuatkan tubuh badan korang rasa lebih cergas disebabkan ingin cepat mengenakan pakaian disebabkan kesejukan..Tapi klu korang dah boasa mandi air sejuk xperlulah nk mandi air panas..Air sejuk pun mmg baik utk kesihatan klu korang amalkan mandi di awal pagi..Adalah tersangatlah buruk dan hodoh kalau korang x mandi langsung!!!

Pancaran matahari
Keluar dari rumah selepas bersiap...dan nikmati sinaran matahari pagi untuk memberitahu badan kita bahawa hari sudah pagi....maknanya kita dah akan mulakan perjalanan baru...smbil2 panaskan enjin kete atau motor tu cer tarik nafas seround dua..korang akan rasa lebih segar...pada yg kena berjalan kaki nak tggu bas atau teksi berjalanlah dengan sedikit pantas dr biasa jadikan ia senaman ringan utk korang..baik utk kecihatan..




Rancang hari Isnin anda pada hari Jumaat
Untuk mengelakkan hari Isnin anda begitu serabut and sesak serta lemas ngn kerja yang bertimbun..Pastikan anda mengemas meja anda sebelum meninggalkan tempat kerja pada hari Jumaat  dan elakkan dari tergesa-gesa meninggalkan meja, walaupun mungkin pada hari jumaat tersebut kita sudah terlalu tertekan dengan kerja dan hanya ingin meninggalkan tempat kerja secepat mungkin.

Itu hanyalah serba sedikit tips ringkas..kalau betul-betul nak relaks hari isnin,pakat la ramai-ramai pindah ke Terengganu atau Kelantan! diorang start kerja hari ahad!...ekekeke...



Nak kongsi ngn korang jg antara peristiwa2 atau kejadian yg berlaku pada hari isnin mengikut diari sejarah Islam..
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan