Jumaat, 22 April 2011

H!na SaNgatkah GEMUK???

Sebelom membebel panjang lebar di pagi jumaat ini..Ni ada soalan cepu timah sket nk tnya..
"Bila seseorang bagi gelaran yang bukan2 pada kita, sedih tak?contohnya pakTam ke..Botak ke..CikRoi ke..pe2 jelah..."
Kita punya nama yang baik maksudnya, susah-susah mak bapak kita kasi nama, diorang sesuka hati taruk nama gelaran yang adakalanya memalukan.


DEBAB, BADAK AIR, TEMBAM, GEMOK, TONG DRAM, MONTEL....dan sebagainya..... 

Hey.... salahkah bila kita punya saiz badan besar?
Hina ke bila ada yang berbadan besar? buruk ke rupa kalau berbadan gemuk ni? masuk neraka ke kalau gemuk? Kau gemuk  macam gajah, aku kurus macam kerengga. Kau besar macam gergasi, aku kecik macam bayi.Kita semua sama..Di akhirat kelak kt tetap di nilai dari sikap and peribadi bukan dari rupa paras...


Actually pernah tak korang hina orang gemuk/besar ni? Hmm kalau tak pernah hina, mesti pernah kutuk, cakap belakang, panggil gelaran yang macam2 untuk orang gemuk ni kan? Jangan tipu.. Aku sendiri ada cakap orang gemuk...Walaupun aku sekarang tak lah kurus mane pun..Tapi, aku cepat-cepat sedar, bila kita kutuk, hina diorang, semacam kita hina Allah, kita hina ciptaan-Nya..Tuhan yang ciptakan umatNya gemuk,kurus,besor atau kecik..

Pedulikanlah bila ada orang gemuk. Bukannya diorang kacau hidup korang. Orang gemuk ni adakalanya budi pekerti lagi tinggi, lagi baik dari orang yang bersaiz kerengga ni..Sebab apa? sebab diorang tahu dan diorang sedar.. apabila diorang tunjuk pekerti yang cela,yang buruk kita cepat menghukum, cepat mengata... "Ala.. Biasalah, orang gemuk memang macamtu"..." Gemuk memang la kuat makan".."Gemuk mmg la suka perasan cantik/lawa"...hakikatnya body berlapis..Posh back sana sini...Heyyy dorang xkacau hidup korang tau tak???

Tapi, bila orang yang kurus buat sesuatu yang salah, kita tak pulak nak kata memacam. Even, dalam pemakaian pun.Biarlah terdedah sana sini..tertonjok semua benda..korang tetap terima n cakap CANTIKNYA....LAWANYA...mcm2lah..Kalau yang gemuk nak bergaya sikit, mulalah ada suara belakang cakap, " Gemuk-gemuk pun nak berfesyen? Buang tabiat ke apa?". takpun, " Tak sedar diri betullah dia tu".Orang yang gemuk ni pun ada perasaan juga...

Gemuk atau kurus, kecik atau besar, semua ada kelebihan memasing. Ada yang gemuk berjaya dalam hidup. Bukan sikit tapi dah ramai yang telah membuktikan..Sebenarnya saiz badan ni bukan ukuran nak tempatkan diri dikalangan orang yang berjaya dan yang kurus tak semestinya berjaya dalam hidup..Fikir2kan lah...

So, lepas ni janganlah kita pandang rendah pada mereka yang berbadan besar ni. Diorang juga punya hati dan perasaan bukan hak kita nak mengutuk, menghina mereka yang berbadan besar ni..Kita semua manusia, semua sama je dimata Allah. Ikut contoh pekerti Nabi Muhammad SAW, baginda tak pernah memilih kaum, bangsa, warna kulit dan agama mahupun saiz and rupa paras..

kurus macamni okay tak??

Haa pada yang rasa badan besar tu, bila nak kuruskan badan, korang amalkan diet yang melampau yang boleh memudaratkan diri.Kan sekarang banyak pil-pil pelansing badan, ubat nak kurus and pusat-pusat yang leh kurus mengurus ni.Tapi, kena jugak pastikan, yang ubat-ubatan tu semua yang baik and selamat dari masalah lain.Kang korang makan, bukan kurus cantik, tapi kurus berpenyakit.Ingat,yang penting kita gemuk pun, tetap ada orang sayangkan kita, tetap ada yang cinta pada kita..
 
Pada yang kurus tu ingat2lah kita semua sama saja di mata Allah SWT...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan