Isnin, 4 April 2011

Koleksi istimewa

Alhamdulillah setelah sekian lama mencari bahan bacaan yg dapat membantu diri dan dapat membimbing ke alam gerbang perkahwinan..akhirnya saya diketemukan dengan sebuah buku hasil coretan / tulisan ustaz HASRIZAL ABDUL JAMIL yang bertajuk " aku terima nikahnya"..

Secara jujurnya saya mula mencari buku ini bukanlah kerana buku ini tapi kerana sebuah buku lain yg di tulis oleh ustaz iaitu buku yang bertajuk "Bercinta sampai ke syurga"...Semuanya kerana menonton teledrama bersiri di TV3 baru2 ini yang bertajuk HANI..Buku ini baru sahaja berada dalam koleksi saya berkuatkuasa pada tanggal 2 April 2011: Sabtu..


Sebenarnya dalam buku ni terdapat 3 tajuk yang berbeza : Aku Terima Nikahnya .. Bercinta Sampai Ke Syurga .. dan Murabbi Cinta...


Jadi smpai ke hari ni saya masih membaca hasil tulisan yang berada di bawah tajuk "Aku terima nikahnya"..


Serba ringkas mengenai intipati yang terdapat dalam buku ini : Buku ini adalah rakaman pengalaman penulis iaitu ustaz Hasrizal dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumahtangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri..Melihat perlahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta..Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, secara amnya menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK ke ats sesuatu perkhwinan yang tidak ada kesudahan..


Sangat tertarik dengan satu baris ayat pembukaan pada buku ini : "Pelikkah cinta tanpa berkenalan...Keluar makan-makan..Berbalas email dan SMS.." Adakah iman kita sekuat ini untuk melaluinya..
Cinta itu indah sekiranya cinta itu lahir kerana Allah swt..Hargailah setiap cinta yang kita miliki...


Kepada mereka yang masih tercari2 bahan bacaan yang baik tidak kiralah kaum Adam mahupun Hawa..tidak kira yang masih bujang dan mencari pasangan..tidak kira yg sudah berkeluarga mahupun yang bakal membina keluarga..Kiranya masih belum memiliki buku ini, dapatkan dengan segera..pasti kalian tidak akan pernah mnyesal..Insya Allah..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan