Jumaat, 1 April 2011

Kisah Di Sebalik April Fool

Assalamualaikum.... 
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan teladan buat kita bersama..Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' ini..

           Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian..Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri..

          Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di  Sepanyol.. Penduduk-penduduk islam ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan..

          Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan..Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.. Keesokan harinya ialah (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan..

          Tapi sayang, pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar.. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya tidak kira lelaki, perempuan, malahan anak-anak kecil..

          Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri..

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

**Ni msg yg dismpaikan kepada saya,kesahihan cerita ini tidak dapat sy pastikan....Ambillah mane2 bahagian yang baik kerana ia InsyaAllah dapat mmberi tauladan dan panduan**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan