Khamis, 4 Ogos 2011

Lurus Dan Rapatkan Saf..

KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah “Luruskan saf (barisan dalam solat berjemaah)” atau “Rapatkan saf”. Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih dan berapa ramai yang menyedari hikmah dan kepentingan kesempurnaan saf didalam solat berjemaah?..

Assalamualaikum..Salam Ramadhan buat semua..alhamdulillah arini genaplah 4 hari kita menjalani ibadah puasa..tp disaat dan ketika ini telintas untuk menulis berkaitan solat..walaupun tidaklah begitu pandai tp xsalah kiranya mncuba sekiranya kt tahu mengenainya..Setelah 4 malam mnunaikan solat sunat terawikh di msjid yang berdekatan hati diruntun perasaan yg sgt sedih n terkilan..2 mlm yg pertama mnunaikan solat di kampung halaman, Alhamdulillah kwsan yang penduduknya dipenuhi org2 yang berumur antara 40an ke 80an..solat yg dilaksanakan walaupun hanya 8rakaat tp tsgtlah sempurna pada pndangan mata insan yg kerdil ini..Apabila imam melaungkan takbir dipermulaan solat semua makmumnya mula merapatkan saf bahkan mluruskan saf serta memenuhi saf2 dihadapan..Tak perlu lagi ingatan yg perlu disampaikan oleh imam..Sangat sempurna..

Malam yg berikut sy mnunaikan solat di msjid berdekatan dgn rmh sewa di sebuah kwsan yg baru nk membangun yg kepadatan pnduduknya dipenuhi oleh meraka2 yg berumur antara 1thn hingga 50thn..(setakat ni xpenah lg jumpa org yg tua dr tu..hikhik)..tp berpendidikan tinggi sehingga ke luar negeri pun ada..tapi sayang..sedih..dan terkilan...apabila imam melaungkan takbir masih byk makmumnya masih berjalan2 mendekati barisan meraka yg nak mmulakan solat..dan yg plg menyedikan..mereka yg telah berada dlm saf pula tidak mahu memenuhi saf2 hadapan serta merapatkan saf..seolah2 seperti bsembahyang sendirian pula..YaAllah kenapalah susah sgt nk memenuhi saf2 dihadapan..di dpn ni masih byk ruang yg kosong..tahukah anda merapatkan saf dalam solat itu adalah WAJIB..

Sabda Rasulullah:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).


Antara Hikmah Merapatkan saf antaranya ialah :

1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.
Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).
Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur:
”Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si kaya, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.


3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.
Sabda Rasulullah:Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.
Sabda Rasulullah:Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.
 Rasulullah bersabda:Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat Thabrani).
6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).
Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.Apa yang penting di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia.
Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya.


Mudah2an mereka brubah jg nnti..InsyaAllah..Jumpa lg di lain intri..wassalam

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan